Pakar strategis dan analisa plan takaful anda. Membantu anda dalam menghasilkan pendapatan sampingan 4, 5, & 6 angka bersama takaful serta membantu anda dalam mendapatkan plan takaful terbaik untuk anda dan keluarga.
Selain menerima pendapatan tambahan dari plan pemasaran ajen takaful, anda juga akan diajar untuk membina jenama peribadi anda (personal branding), pembangunan kendiri (self development), dan juga diraikan.
Bekerja dalam pasukan yang terbaik adalah salah satu kelebihan yang dapat membantu anda berkembangan secara material, fizikal dan juga secara mental dan kerohanian.
Semua orang akan menghadapi kematian. Kematian seorang pencari nafkah utama bagi keluarga merupakan satu kehilangan yang amat pedih dan meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga yang lain. Kehilangan mengejut ini juga mengakibatkan waris kehilangan segala punca pendapatan sara diri dan nafkah bulanan. Perbelanjaan untuk isteri, anak-anak dan ibu bapa akan terhenti. Isteri yang dahulunya seorang suri rumah dan tidak tahu tentang apa itu hibah mungkin terpaksa mencari kerja untuk menyara keluarga, anak-anak juga perlu berjimat-cermat dan mengikat perut demi kelangsungan hidup.
Di sinilah hibah takaful memainkan peranan penting bagi memastikan waris yang anda tinggalkan dapat hidup dengan selesa.
Apa itu hibah dan bolehkah ia digunakan untuk membayar hutang? Jawapannya Ya. Islam sangat menuntut penyelesaian hutang dalam kehidupan walaupun setelah kematian. Sabda Rasulullah SAW, “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang” (Hadis Riwayat Muslim). Kalangan alim ulama dan ustaz juga telah berpesan-pesan bahawa hutang ialah perkara utama yang perlu diselesaikan oleh waris sejurus selepas kematian seseorang dan mayatnya diurus rapi. Bahkan waris wajib melangsaikan hutang si mati terlebih dahulu sebelum mengurus dan membahagikan hartanya kepada waris.
Sekiranya anda berhutang dengan rakan-rakan sebanyak RM100-RM200, mungkin waris anda boleh melangsaikannya. Tetapi bagaimana pula dengan komitmen hutang yang lebih besar seperti hutang perniagaan, pembiayaan peribadi yang beribu-ribu ringgit nilainya? Sudah pasti ianya membebankan waris anda bukan sahaja dari segi kewangan, malahan emosi mereka turut terganggu dek kerana hutang yang ditinggalkan.
Oleh itu, hibah takaful adalah jalan yang terbaik untuk memastikan ‘pemergian’ anda tidak menyukarkan dan membebankan mereka. Dapatlah mereka gunakan wang yang anda tinggalkan untuk melunaskan semua hutang-piutang anda dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Apa itu Hibah? Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, ia adalah pemberian hadiah oleh seseorang kepada warisnya tanpa boleh dipertikaikan. Penerima adalah pemilik mutlak ‘hadiah’ tersebut, tidak kira dalam bentuk wang tunai atau harta benda. Hal ini sudah tentu dapat mengelakkan persengketaan atau perebutan antara ahli keluarga lain yang tidak tahu apa itu hibah, memandangkan penama bagi takaful tersebut dilakukan oleh peserta ketika dia masih hidup dan waras secara sukarela.
Selain itu, proses tuntutan juga sangat mudah dan cepat tanpa melibatkan sebarang kos tambahan. Berbanding wasiat, waris tidak perlu mengupah peguam atau melantik pihak ketiga untuk menguruskannya. Oleh kerana ianya adalah hadiah, nilai tersebut akan diberi 100% kepada penerima tanpa sebarang penolakan. Terdapat juga Pengendali Takaful yang memberikan manfaat tambahan tunai kepada waris seperti manfaat ihsan sebanyak RM2,000 sekiranya peserta meninggal dunia.
Di samping itu, hibah takaful juga boleh dikategorikan sebagai aset mudah cair, proses tuntutannya lebih mudah dan cepat. Ia boleh dibuat dalam tempoh hanya sebulan sahaja. Dengan takaful yang anda hibahkan, dapatlah waris anda menggunakan wang yang ditinggalkan untuk perbelanjaan kehidupan seharian sebelum mencari sumber pendapatan yang lain.
Anak merupakan penyambung zuriat dan harta dunia akhirat kita. Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pendidikan yang terbaik buat mereka. Kita tentunya mahukan mereka mendapat pembelajaran yang selesa di sekolah atau peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ternama. Namun begitu, kos pendidikan yang semakin meningkat saban tahun menyukarkan para ibu bapa menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk menanggung kos pendidikan anak-anak.
Dengan hibah takaful, anda mampu menyediakan dana yang cukup untuk anak-anak melanjutkan pelajaran walaupun ketika anda sudah tiada lagi di sisi mereka. Rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya. Lebih awal anda mencarum takaful, lebih rendah caruman bulanan dan lebih terjamin masa depan anak-anak anda.
Seorang isteri dan juga ibu kepada 5 orang anak, seorang anak kampung dilahirkan dan dibesarkan di Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor. Berkelulusan Sarjana Perakaunan (dengan kepujian) di UiTM Melaka. Berminat dalam membangun ekonomi ummah secara amnya dan suka dengan konsep berkongsi ilmu dunia dan akhirat. Marilah kita bersilaturrahim.
Dapatkan motivasi dan pembelajaran terus ke telefon pintar anda!